May 30, 2017

KPJUC Nilai - Hostel

assalamualaikum..
tetibe rase rajin pulak nak tulis blog sebab tengok macam ramai jer ushar entry yg aku tulis berkenaan KPJUC Nilai..
dulu waktu awal-awal belajar sini, bila balik kampung jer mesti makcik pakcik tanya "eh, belajar kat kpj?" "ada kolej ke KPJ?" begitulah contohnya,okay, asalnya KPJ kolej nih nama dia puteri nursing college dan course pun untuk nursing jer,diploma in nursing dan bachelor in nursing,dan upgrade sikit, ade tawaran diploma pharmacy,physiotherapy and etc,,sekarang upgrade lagi sikit foundation in science, bachelor n master pun dah ada, kursus-kursus yang ditawarkan korang kena pergi tengok sendiri dekat official website dia sebab entry aq KPJ tak bayar..peruntukan sendiri..hahahah

okay,straight to the point jerlah,,kalau nak citer dari awal, panjang lagi..
dua semester awal degree,memang duduk asrama sebab yuran hostel dah termasuk sekali dengan yuran kursus.. lepas dua semester nak duduk hostel boleh jer,tapi tuh kena bayar asing..the latest one yurannya rm1500 satu semester..tapi nak cakap sikit,rase macam tak berbaloi sebab selalunya satu sem 17minggu bersamaan 4 bulan lebih sikit..jadinya pepandai kira sendiri..hahaha



kalau ikut waze, awal-awal masuk jer kota seriemas konfem akan nampak building hostel nih dulu, sebab dekat situ dia jer paling tinggi,dahla warna biru merah,,hahaha.belah kanan yang tinggi tuh hostel perempuan,belah kiri yang rendah tuh hostel lelaki, sebelum nih hostel lelaki dekat luar daripada kawasan nih,tapi sekarang semua dah dekat sini,lelaki semakin pupus mungkin.. uhuhu

hostel perempuan ada 12 belas tingkat tapi tak penuh pun sebab most of them berganti -ganti, yang nih pegi posting,yang nih cuti,yang nih baru balik posting,tapi kalau degree,takdeklah keluar posting selalu pun

waktu awal awal masuk dulu, hostel sangatlah hambar, sampai rasa nak menangis sebab tak best, hahaha, hujung minggu lengang giler hostel, dan waktu tuh kafe langsung tak best, zaman kejatuhan ongkata,hahah,,jadinya ikut nasiblah kalau ada orang lain bukak kedai depan hostel tuh,or naik chartered van makan jauh sikit,nasib baiklah ada transport sendiri,memang selalu cari makanan kat luar aje, kalau nak tumpang kereta member pun boleh tapi janganlah kita jadi bodoh ye kawan kawan, hahah,hulur-hulur lah sikit dekat member yang bawak kereta tuh,kereta dia berjalan guna minyak bukan airmata (sorry,deep sikit), tapi kita lupakanlah kisah lama dan kembali ke zaman sekarang. sekarang kafe dah best dah,daripada breakfast sampai dinner,semua ada dan banyak pilihan,kafe dekat kampus tau bukan dekat hostel,hostel cuma ada kedai runcit, sometimes adelah dua tiga stall bukak dekat depan hostel tuh,tapi malam jerlah,lepak lepak kat situ pun jadilah sis bro.


jangan risau kalau sesiapa nak bawak transport tuh,parking terlebih-lebih depan belakang,tapi kena ada sticker,boleh apply, kalau aku harituh,dua-dua semester mengaku student baru,sebab malas nak apply sticker,,hahahah,,setiap kali masuk pagar student baru..


setelah nak masuk dua tahun nih barulah ade upgrade sikit, diorang dah sediakan court futsal,takraw dua tiga bijik so takdeklah engkorang pishang sangat, lepas tuh bolehlah kalo nak jogging,ade dua tasik dekat sekitar taman perumahan. kena jalan kaki jauh sikit. tapi tak terasa jauh kalau berjalan dengan kekasih..eh?..hahahah

dekat tingkat 2 hostel ade surau dan bilik tv dan bilik study, surau tuh untok parents yg datang or kalo ade ceramah ke,semua buat dekat situ dan dekat tingkat situ jugak, ada laundry room,aku tak sure dryer ade ke tidak sebab zaman aku harituh,dryer nya rosak sampai ke sudah tak baiki,washing machine ade lah dalam 4 yang berfungsi,pakai syiling 

ruang tamu, kasut memang akan letak dalam rumah sebab kat luar takdek tempat dan potensi untuk dicuri sangat tinggi, early preparation,belilah rak kasut


 aku selalu lepak ruang tamu jer,sebab luas dan sejuk



sorry guys,kalau gambar tak proper sangat, nih jer yang sempat aku ambik kengkadang bosan bosan tuh pastuh dok merungut kat parent sempitlah apelah sambil send gambar bilik,,hahahah.
satu rumah nih selalu kitorang panggil unit lah,macam apartment gitew, takdek banyak barang pun,masuk masuk jer nampaklah yang macam kat atas tuh, satu unit selalu paling penuh is 9 orang, satu bilik 3 orang, katil and locker semua memang seorang satu, meja study pun sama. itu jerlah ade pun, yang bukan barang eletrik kalo korang nak bawak boleh bawak,ampaian ke,almari kecik ke,meja jepun ke,tapi kalau barang elektrik, kena bayar mengikut harga dan ade sticker, itupun tak semua dibenarkan,dapur kecik ke multicooker ke,kenot,tapi macam biasalah guys, nak survived kena pepandai kay.
owh,lagi satu, masuk pintu depan jer,belah kiri or belah kanan akan jumpa tandas dulu,shower ade 2 bilik,tandas pun ada 2,tandas duduk. i dunno why i have to tell you this..hahahah
dalam bilik susunan dia macam nih sebab tak boleh nak susun lain dah,sempit nak mams, satu katil double decker, satu katil single,abaikan plis yang bersepah-sepah tuh, kalau ade intake yang masuk,dia dah siap-siap kasi nombor katil dengan locker tapi harituh aku masuk sekali dengan member-member,jadinya bincang-bincanglah cemane.ihik. okay ape lagi.. wifi? wifi takdek sehingga ke hari nih masih belum wujud wifi di asrama,semua orang tak guna mungkin,diorang lagi suka lepak student lounge sambil cuci mata..curfew time masuk hostel pukul 12..
ape lagi ek? itu jer kot setakat nih pasal hostel..

aku dah dua semester duduk luar,dekat taman perumahan luar dari hostel tuh je,boleh jalan kaki.lagi fun,hahaha,,kalau budak diploma memang tiga tahun wajib duduk hostel dan kalau nak duduk luar,kena buat surat tunjuk sebab, and degree seperti yang disebut diatas






26 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Degree utk nursing dan physio ada disediakam uniform ke? Atau pakaian bebas time ke kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk degree semua course pakaian pegi kelas bebas..if ade event or pergi praktikal baru kena pakai uniform

      Delete
  3. Hi sis,i dapat offer dip in pharmacy. Nak tanya kalau fee pengajian 51k. Itu sekali fee hhostel ke? How about ptptn? Dia tanggung separuh je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak..sis kurang pasti sangat regarding pinjaman ptptn untuk diploma,tapi untuk batch yang sebelum nih,pinjaman ptptn tak full, tapi lebih daripada separuh, fee hostel termasuk dalam yuran ptptn bayar sekali untuk sepanjang diploma

      Delete
  4. semua course diploma ada practical eh? medical imaging?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, betul,semua course diploma ade praktikal, medical imaging,physio,pharmacy semua akan pergi praktikal setiap sem dekat hospital kpj

      Delete
  5. ya, semua course ada practical, medical imaging pun setiap semester akan dihantar untuk praktikal

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis , mind to share more about kpjuc like facilities ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, facilities di asrama ada bilik dobi,surau untuk pelawat, bilik study dan tv room dan kedai runcit, dekat hostel ada 1 court futsal, hostel ke kampus walking distance aje,parking lot pun banyak untuk student yg ada transport

      kalau dikampus ada student lounge, surau, cafe dan etc
      harap sis menjawab soalan

      Delete
  7. Hi nisa. Awak sambung degree fast track atau thru diploma?
    Saya nak tahu more pasal degree nursing. Saya cari reference pasal degree nursing tapi tak jumpa. Banyak reference utk diploma je. If tak keberatan boleh ke sy nak mintak info sikit dari awak? Alynelyana@gmail.com ni email saya untuk mudahkan info exchange. Thank you in advance.

    ReplyDelete
  8. hai,saya sambung degree thru diploma tapi buat diploma bukan di kpjuc, saya cuba jwb yang saya tau sbb saya taktau sgt regarding degree nursing, saya email awak nanti

    ReplyDelete
  9. Hi sis nak tanya i teringin nak sambung degree in nursing kat sini, kalau pinjam ptptn tu kan? Dia bagi full ke half je atau kita bayar sendiri

    ReplyDelete
  10. hii, saya dapat offer dip in pharmacy, nak tanya iron kena bawak sendiri or dia dah provide?

    ReplyDelete
  11. Anyone boleh share tak mcm mana nk dpt katil yg single tuu😭BHAHHAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam awak, waktu daftar selalunya management dah bagi nombor katil, maybe boleh bincang2 dengan roommate kalau dia nak tukar

      Delete
  12. hai nisa baiknya awak share ni saya rasa kuranggg sgt org yg sharee 😭😭 btw kan kalau saya amik degree medical imaging nnti dia terus posting ke kpj ke? ataupun posting ni tgok kekosongan? also if tk dpt posting degree ni boleh pakai kt hospital lain kan? thank you for answering😊 last sekali satu unit tu semua student degree ke atau campur2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, thank you for the compliment, saya start menulis pasal kpj pun sebab sebelum ni memang susah nak cari info berkenaan kpju, berkenaan soalan awak pasal posting tu, kpju link dengan hospital kpj untuk praktikal time belajar sahaja, untuk kerja, even ex student pun kena apply mcm biasa, dan jangan risau, degree kpju boleh digunakan untuk apply semua hospital, semua courses dkt kpju dah ada MQA,
      unit asrama tuh bergantung pada jumlah student satu batch, ada yang akan bercampur untuk cukupkan 9 orang, and management akan bahagikan mengikut muslim dan non muslim,
      saya harap menjawab soalan awak, n kalau ada nak tny soalan2 lain, email jer saya dekat ramizatunkamaruzaman@gmail.com , insyaallah saya jwb

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, saya ingin selitkan soalan. Jika saya mengambil diploma healthcare management, adakah saya masih layak untuk mengambil course lain semasa degree? Jika ya, course apakah yang boleh saya ambil selain management?

      Delete
    2. waalaikumsalam, maaf awak, saya tak dapat nk jwb soalan ni sebab saya pun tak familiar dgan kursus healthcare management, maybe awak boleh tanya dkt kpj management berkenaan ni

      Delete
  14. hi, nak tanya. Sis time belajar KPJUC, ada tak kenalan yang apply scholar dari KPJ hospital? like susah ke nak dapatkan scholar dia.. sebab saya plan nak sambung study fisioterapi dekat kpjuc dengan bantuan loan ptptn and try nasib untuk dapatkan scholar dari KPJ hospital.

    ReplyDelete
  15. hai awak, saya tak pasti sekarang dah ada kpj hospital bagi atau tidak scholarship untuk kursus selain drpd nursing, waktu saya belajar disana, student degree nursing sahaja yang boleh mintak scholar dgan kpj hosp, courses lain semua kena apply ptptn.

    ReplyDelete
  16. Hai kak, nak tanya, extension cord dibenarkan ke? Sb certain uni mmg tk boleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, extension cord dibenarkan,takde masalah, agak susah jugak kalau dkt kpj tak dibenarkan sbb plug point sikit aje

      Delete