June 23, 2013

Hati itu wujudnya rasa sayang
rasa sayang yang DIA beri tak terkata
rasa sayang tuh ada pada tempatnya
sayanglah seramai mana pun
andai sayang itu pergi
dia pasti akan kembali pada tempat asalnya
dia pasti akan mencari balik tempat persinggahannya
biar dia bebas mencari


Sayang!
sebab sayang
aku lepaskan kau
lepaskan untuk mencari diri sebenarmu
mencari identitimu kalau itu yang kau mahu
aku akan tunggu
bersama sayang,
bersama kesetiaan,
bebaskan dirimu mencari apa sahaja
bebaskan dirimu menerima apa sahaja

sejauh mana yang kau mahu
selama mana yang kau inginkan
setinggi mana yang ingin kau gapai
aku tunggu

kesah ke kau akan rindu aku
kesah ke kau akan tangis aku
kesah ke kau akan air mata aku
kesah ke kau akan senyuman aku
segalanya rasa suram
tapi kerana sayang yang DIA beri
aku tunggu

tapi andai nanti
sayang tuh pergi
andai nanti
sayang tuh mati
andai nanti
sayang tuh dah takde lagi

maafkan aku jika kau terluka
sebab sayang tuh DIA yang beri.

No comments:

Post a Comment